20 June 2013

limaplohempat ♥

Bandaraya Melaka terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan peningkatan sebanyak 160. Muar juga turut mencatat peningkatan  ketara dengan 157 . Selain itu, bandar yang mecatat IPU yang tidak sihat adalah Pasir Gudang (149) , Kota Tinggi (138) , Larkin Lama (124) ,  dan Bukit Rambai, Melaka (119).

Ohmyyyyy . tak sangka rupanya tempat tinggal aku pun tergolong jugak =.= Patutlah pemandangan nampak kabur semacam je dua tiga hari kebelakangan ni . Jerebu rupanya . Ingatkan sakit tekak aku ni sebab apa, rupanya kerana udara yang tak bersih . Perghhh, punya laa perit nak telan air liur . Seksa sungguh . Kadang rasa cam nak nangis pun ada .

Abah pun ada mengadu , katanya kat tempat kerja dia dah tak nampak dah Kota Singa tuu . Jerebu tebal ! Kesian mereka yang kerja teruk kat sana . Ya Allah, semoga mereka tabah dalam mencari sesuap nasi . Kesian jugak kat budak-budak yang kecik lagi . Haihhh, tak dapat den nak bawak Marissa jalan-jalan naik motor macam biasa . Ye lahh, risau kan . Kang teruk pulak dia kena . 




Ya Allah, kau lindungilah keluargaku, saudara-saudaraku dan negaraku daripada bala bencana . Hanya padaMu kami bergantung harapan . Aamiin :')

So, kepada rakan-rakan yang lain jaga lah kesihatan tu . Sakit ni tak kenal tua atau muda . Banyakkan lah duduk kat dalam rumah kalau takde kepentingan kat luar :)