15 June 2013

limaplohdua ♥




KAWAN ! Yeahh, kawan sangat penting dalam memainkan peranan terhadap diri seseorang . Ada yang kawan saling membantu, ada yang kawan makan kawan . Opppss ... Terasa yer ? Maaf, apa yang dikongsi adalah lebih kepada pengalaman diri sendiri .

Yang peliknya, kenapa lahh hidupnya manusia yang terlalu cerewet dalam memilih kawan . Kalau ke arah kebaikan takpe lah jugak . Ni tidak, kadang-kadang boleh buatkan orang sekeliling fikir lain . Contohnya, orang kaya kawan dengan yang kaya saja .. Orang glamer *la sangat kawan dengan yang glamer semata . Haishh . . . Dunia dunia ... Tapi alhamdulillah, sepanjang hidup aku juga memilih kawan . Tetapi tidaklah memandang kepada harta mahupun rupa tapi lebih kepada keserasian .

Masa first time duduk asrama tahun 2010 di Tingkatan 4, macam-macam yang dirasa . Dah laa sekolah kat Melaka, jauhh dari rumah tuuuuuu . Tapi, its okay lah kan . Cabaran hidup . After 2 tahun belajar kat sana, conclusionnya alhamdulillah . Dapat kawan-kawan yang sekepala dalam banyak hal . Tak kira dalam pelajaran mahupun buat masalah . hehehe . . .

And sampai laaa masuk matrikulasi pun sama . Dapat kawan yang sejiwa dan serasi bersama . Mungkin ni semua adalah ganjaran kerana mengikut pilihan seorang ayah .

Yes, memang semua tempat ni adalah pilihan abah . Pasti dia mahukan yang terbaik untuk anaknya .

Ya Allah, terima kasih di atas segala pemberian nikmatMu . Semoga ikatan ini tidak akan terputus hanya kerana kejahilan kami sendiri . Aamiin :)