02 July 2013

enamploh ♥

Hai semua . Hari ni bumi Pasir Gudang dibasahi hujan yang takde lah lebat sangat tapi bolehh laa sebab selama ni panas terik kan . Alhamdulillah . Actually, beberapa hari yang lepas tak sempat nak update sebab busy berjalan-jalan . 

Aku ikut makcik aku pergi kerja kawin kat Terengganu, so kitorang gerak hari Jumaat and majlis nya hari Sabtu . Okaylah tuu . Perjalanan dalam masa 6 jam ahh gitu . Kebas wehhhh bontot duduk lama-lama ha dalam kereta . Balik tuu borong laa segala bagai keropok . Keropok lekor ada keropok kering pun ada tapi sayangnya ....... tertinggal kat kampung :(

Sekarang mehh kite kongsi citer pasal Piala FA yang baruuuu je tamat 3hari lepas . Firstly, tahniah kat Kelantan sebab menang dan tahniah jugak kat JDT sebab berjaya ke final walaupun baru je ditubuhkan :) Okaylahh tu . Kalah Menang setia bersamamu JOHOR .

Harituu tengok bola kat rumah mak angkat makcik aku yang kat Kemaman . Yang bestnya, dapat tengok sambil baring dan mengunyah . Yang tak bestnya, tengok berdua dengan adik angkat makcik aku yang dah beranak lima . Perempuan okayy . Bukan lelaki . huhuhu .

Malas ahh nak citer pasal pemain sebab benda tuu kan sensitif dan lain orang lain pandangannya . Baik kita citer pasal penyokong JDT yang sangat A W E SO M E ! Gelombang biru is everywhere ~
Sumpah aku bangga dengan Johor ni dan juga kepada Tengku Mahkota Johor sebab dapat satukan rakyat dengan jayanya !

Esoknya, 30 Jun 2013 adalah hari Keputeraan TMJ . Happy birthday . hehehe